Yahoo! Sedang Membangunkan Aplikasi Pembantu Maya Seperti Google Now Dan Siri

Yahoo! pada awal bulan ini sedia mengambil-alih SkyPhrase, salah satu syarikat yang memfokuskan pemprosesan bahasa tabii. Nampaknya, pengambil-alihan tersebut bukan sekadar menaik-taraf beberapa produk sedia ada Yahoo! sahaja, tetapi turut melengkapkan sebuah aplikasi baru yang kini dalam pembangunan.

Yahoo! dilaporkan sedang membangunkan sebuah aplikasi yang memfokuskan kepada bantuan maya berasaskan kawalan suara – lebih kurang seperti Siri (pada iOS) dan Google Now (pada Android).

http://amanz.my/2013/12/yahoo-sedang-membangunkan-aplikasi-pembantu-maya-seperti-google-now-dan-siri/

Daripada sebuah video yang dikongsikan, ia dilihat aplikasi baru ini akan membantu pengguna dalam mencari lokasi, mengetahui keadaan semasa trafik jalan raya, termasuk memudahkan input suara ke teks.

Dari segi implementasi, ia berfungsi seumpama Facebook Chat, dengan hadir dalam bentuk sebuah bubble dengan ikon Yahoo!.

Ia boleh dikatakan masih lagi pada peringkat pembangunan, dan mungkin kita perlu nantikan pengumuman berkaitan dengannya daripada Yahoo! untuk mengetahui apakah fungsi lanjut yang akan disertakannya.

Kemaskini : Ia dikatakan prototaip aplikasi ini bukan dibangunkan oleh Yahoo!, tetapi oleh Robin Labs

Nota: