Yahoo! Akan Membuang Sokongan Daftar-Masuk Flickr Menggunakan Akaun Facebook Dan Google Selepas 30 Jun

Yahoo! kini dibawah Marissa Mayer dilihat ingin menarik kembali pengguna menggunakan perkhidmatan mereka dengan lebih aktif. Selain memperkenalkan beberapa pembaharuan, kini Yahoo! dilihat akan membuang sokongan daftar-masuk ke Flickr menggunakan akaun Google dan Facebook.

Yahoo! Flickr

Sebelum ini, Yahoo! telah memperkenalkan integrasi log masuk menggunakan akaun Google dan Facebook sekitar tiga tahun yang lepas, membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan Yahoo! tanpa mendaftar akaun Yahoo!.

Namun, kini ia berubah, dimana satu demi satu perkhidmatan digantikan dengan sokongan daftar masuk guna akaun Yahoo! sahaja.

Selepas tarikh 30 Jun kelak, untuk menggunakan Flickr, pengguna perlu menggunakan akaun Yahoo! sahaja. Perkara ini sekaligus membolehkan Yahoo! menambah angka pengguna berdaftar mereka, disamping membuatkan portal dan perkhidmatan mereka hanya eksklusif kepada pemilih Yahoo! ID sahaja.

Nota: