Xiaomi Mi4 Diperkenalkan – Telefon Mi Terpantas

Xiaomi hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terkini mereka, dinamakan sebagai Xiaomi Mi4, yang mana membawakan pelbagai spesifikasi terkini – dilengkapi dengan sokongan perisian MIUI daripada pihak Xiaomi.

Xiaomi Mi4

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Mi4 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 801 2.5Ghz, memori sebanyak 3GB RAM, skrin bersaiz 5-inci 1080p, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel dan bateri berkapasiti 3080mAh.

Xiaomi Mi4

Xiaomi Mi4

Xiaomi Mi4

Xiaomi Mi4

Pengumuman ini hadir setelah beberapa gambar tertiris sebelum ini memperlihatkan rekabentuk peranti berkenaan. Pihak Xiaomi turut mengatakan yang mana peranti Mi4 ini menggunakan bahan berasaskan logam pada bahagian kerangka, tetapi kekal menggunakan bahan berasaskan plastik untuk kerangka belakang. Beberapa aksesori turut dijangka akan ditawarkan dalam membolehkan pengguna mengubahnya mengikut citarasa mereka.

Xiaomi Mi4

Xiaomi Mi4

Sokongan lain yang turut dilengkapkan adalah kebolehan mengecas peranti dengan pantas – membolehkan peranti dicas sehingga 60% dalam masa kurang sejam. Versi LTE untuk telefon pintar ini dijangka akan hadir pada penghujung tahun ini. Xiaomi Mi4 turut hadir dengan sokongan IR untuk kawalan perkakasan seperti televisyen dan sebagainya – seperti pada beberapa peranti lain di pasaran.

Pada acara sama juga pihak Xiaomi turut berkongsi beberapa statistik mengenai penjualan peranti mereka. Xiaomi Mi3 telah dijual sebanyak 10.5 juta unit seluruh dunia, disamping peranti Redmi yang telah terjual sebanyak lebih 17.9 juta unit. Redmi Note yang baru dimulakan jualan di Malaysia telah terjual lebih 4.3 juta unit setakat ini.

Xiaomi 2014

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Xiaomi akan mula menawarkan Mi4 untuk pasaran tempatan. Mungkin kita boleh nantikannya hadir beberapa bulan selepas penawaran Mi Pad kelak. Dari segi harga, Xiaomi Mi4 membawakan tanda harga RMB1999 atau sekitar RM1023 untuk harga tempatan bagi versi 16GB.

Pada acara sama juga pihak Xiaomi turut berkongsi mengatakan kemaskini seterusnya – MIUI 6 akan hadir pada 16 Ogos kelak bersama-sama beberapa perkara baru dari segi sokongan perisian.

Nota: