WordPress 3.9 Hadir Dengan Kemudahan Penyuntingan Gambar

Pembangun WordPress hari ini telah memperkenalkan versi terbaru sistem penulisan blog dan pembangunan web mereka, iaitu WordPress 3.9. Bersama-sama dengannya, pelbagai peningkatan disertakan, dan turut dilihat memudahkan pengurusan media pada platform tersebut.

WordPress merupakan salah satu platform sumber terbuka yang digunakan secara meluas di web. Ia dikatakan hampir 22% daripada web terkemuka di dunia menggunakan platform tersebut – dan meningkat dari tahun ke tahun.

WordPress 3.9 ini dikenali dengan nama kod “Smith” dan menyertakan beberapa pembaharuan bersama-sama dengannya. Pada bahagian media sahaja, pihak pembangun WordPress dilihat menambah-baik pelbagai perkara, dimana pengguna kini boleh membuat penyuntingan ringkas dengan pantas terus ketika menulis sesuatu artikel. Selain daripada itu, WordPress kini menyokong drag-and-drop gambar dan imej dari desktop terus ke bahagian editor.

WordPress 3.9 Smith

Pada bahagian media juga, selain daripada pengurusan gambar, pengurusan klip audio dan video juga ditambah-baik dengan sokongan playlist.

WordPress 3.9 Smith

Selain itu, pihak pembangun WordPress turut memberikan perhatian pada bahagian tema, dimana kini ia memudahkan lagi pengguna memilih tema dan rekaan web mereka, disamping memaparkan perubahan masa-nyata untuk penggunaan widget dan juga header.

Bagi para pengguna WordPress, anda boleh mengemaskini pemasangan anda secara automatik, ataupun memuat-turun fail sumbernya yang bersaiz sekitar 6MB hari ini.

Nota: