Windows Phone “Blue” Bakal Menyertakan Sokongan Butang Navigasi Maya?

Pihak EVLeaks sedia meniriskan pelbagai jenis info berkaitan gajet-gajet, dan terkini mereka telah berkongsi sebuah paparan skrin memperlihatkan sokongan butang maya pada Windows Phone “Blue”.

Daripada gambar yang dikongsikan, ia menyertakan butang Home (Windows), butang carian dan juga butang kembali.

WP Blue

Berkemungkinan sokongan ini akan diperkenalkan kepada pengeluar peranti dalam bentuk pilihan, sekaligus memudahkan mereka untuk menggunakan rekaan peranti Android untuk Windows Phone.

Disamping itu, ia juga mungkin akan membolehkan penggunaan saiz skrin dengan lebih menyeluruh, seperti ketika menonton video atau memainkan permainan video. Rekaan peranti dengan bahagian kerangka tepi yang lebih nipis juga mungkin boleh diperkenalkan denga sokongan ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangannya dan melihat apakah perancangan pihak Microsoft melalui platform mudah-alih mereka.

Nota: