Windows Phone 9 Preview Januari Depan

Walaupun pengguna Windows Phone telahpun menerima kemaskini terbaru OS tersebut, Windows Phone 8.

Windows Phone 8

1, namun terapat cakap-cakap yang mengatakan versi preview edisi terbaru OS tersebut, Windows Phone 9 Preview akan dikeluarkan dalam bulan Januari 2015 nanti.

Windows Phone 8

Windows Phone 9 Preview Januari Depan

Menurut sumber-sumber NokiaPowerUser yang enggan dikenali, versi preview OS mudahalih Microsoft terbaru, Windows Phone 9 akan dilancarkan dalam versi preview dalam bulan Januari 2015 akan datang. Namun memandangkan sumber-sumbar tersebut tidak dapat dikenalpasti, tidak ada bukti kukuh bahawa maklumat ini sahih.

Namun jika anda seorang pengguna Windows Phone 8 dan tertanya-tanya jika OS terbaru itu boleh dijalankan pada telefon pintar sedia ada, anda tidak perlu risau kerana nampaknya ia boleh dijalankan pada peranti sedia ada yang menjalankan Windows Phone 8.

Khabar angin mengenai ciri-ciri dan fungsi-fungsi Windows Phone 9 tidak banyak, tetapi dari apa yang diperkatakan sebelum ini, ia adalah satu perubahan drastik dari OS Windows Phone 8 dan ia dikatakan akan digabungkan dengan OS Windows 9.

Namun NokiaPowerUser mengkhabarkan satu ciri pada Windows Phone 9 ialah kebolehan untuk multitask dan menjalankan berbilang aplikasi dengan membahagikan sekrin, namun ciri ini tidak disediakan untuk peranti dengan skrin yang kecil.

Apa pun jika benar versi preview OS tersebut akan di keluarkan Januari ini, tentunya berita mengenainya akan bocor dalam bulan-bulan akan datang. dengan itu gambaran yang lebih jelas akan diperolehi.

The post Windows Phone 9 Preview Januari Depan appeared first on TechKini.com.

Nota: