Windows Phone 8.1 Update 1 Bakal Sertakan Beberapa Sokongan Baru – Termasuk Untuk Peranti Bersaiz 7-inci

Dengan pengenalan Windows Phone 8.1 yang telah dimulakan untuk beberapa peranti, kini pihak Microsoft telah pun memulakan persediaan untuk kemaskini berikutnya yang mana dikenali sebagai Windows Phone 8.1 Update 1.

Sebelum ini, kita sedia maklum yang mana kemaskini tersebut akan membawakan sokongan untuk folder. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu drag sesuatu Tiles pada Start Screen, dan meletakkan ia di atas Tiles yang lain. Sokongan folder ini bakal beroperasi seperti pada Android, iOS dan BlackBerry – dimana memfokuskan kepada memudahkan pengguna untuk menguruskan dan menyusun aplikasi pada skrin utama.

HTC_one_M8_4

Disamping itu, pihak Microsoft turut dilihat ingin menambah sokongan untuk beberapa aksesori pada kemaskini akan datang, dimana salah satunya adalah untuk pelindung kerangka interaktif – lebih kurang seperti HTC Dot View Cover, dalam memaparkan info pada kerangka luar.

Windows Phone 8.1 Update 1 juga dijangka akan menyertakan sokongan untuk peranti bersaiz lebih besar, iaitu sekitar 7-inci dan dengan resolusi 1280×800.

Seperti biasa, ini hanya segelintir daripada perkara baru yang akan disertakan pada Windows Phone 8.1 Update 1. Pihak Microsoft dijangka akan memperkenalkan kemaskini ini kepada para pembangun seawal bulan Ogos ini.

Nota: