Windows Generasi Akan Datang Dikenali Dengan Nama Kod “Threshold”

Seperti umum sedia maklum, dengan pengenalan Windows 8.1, Microsoft telah pun memulakan pembangunan sistem operasi generasi akan datang, dan kini ia dilaporkan yang mana ianya dikenali dengan nama kod “Threshold” di dalam Microsoft.

“Threshold” ini dijangka akan terus menyatukan dan menjadikan sistem operasi Windows, Windows Phone dan juga Xbox One lebih selari berbanding hari ini.

Antara perkara yang dijangka akan disatukan, termasuk satu kedai aplikasi yang sama, sekaligus memudahkan pembangunan aplikasi untuknya.

Pada hari ini, antaramuka ketiga-tiga sistem operasi ini boleh dikatakan sama, dan mungkin usaha untuk menyatukannya kelak akan lebih memudahkan pengguna, sama ada ingin menggunakan komputer, telefon pintar ataupun sistem hiburan di ruang tamu.

Kemaskini “Threshold” ini dijangka akan hadir pada tahun 2015 kelak.

Nota: