Windows 9 Disasarkan Untuk Pelancaran Pada April 2015

Sebelum ini, kita sedia mendengar beberapa perkara mengenai Windows “Threshold”. Kini daripada perkongsian WinSuperSite, ia dikatakan “Threshold” akan dilancarkan pada bulan April 2015 kelak dan mungkin dikenali dengan nama “Windows 9″.

Perubahan dari angka “8″ ke “9″ sendiri memperlihatkan perubahan besar yang akan dibawakan oleh sistem operasi berkenaan. Antara yang dikatakan sebelum ini adalah termasuk penyertaan menu Start yang hilang sejak pengenalan Windows 8.

ModernMix

Pengenalan Metro 2.0 untuk pembangun juga dijangka akan diperkenalkan melalui Windows 9 ini, yang mana akan membolehkan aplikasi Metro dijalankan pada desktop melalui tetingkapnya tersendiri.

Microsoft dikatakan bakal berkongsi maklumat awal berkenaan dengannya pada BUILD 2014 yang akan diadakan April nanti. Pada masa yang sama, ia turut dikatakan acara BUILD tahun ini akan lebih memfokuskan Xbox dan juga Windows Phone, berbanding sistem operasi Windows ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah perubahan yang bakal dibawakan oleh sistem operasi Windows ini dalam usaha mengembirakan kembali pengguna yang tidak begitu menyukai Windows 8 hari ini.

Nota: