Windows 8.1 Update 1 Mungkin Hadir Seawal Bulan Mac Ini?

Bagi pengguna sistem operasi Windows 8.1, mungkin anda sedia mendengar akan beberapa ura-ura dan paparan skrin tertiris yang memaparkan beberapa fungsi baru pada Update 1. Kini, ia dikatakan Microsoft mungkin akan memperkenalkan kemaskini Update 1 kepada umum pada bulan Mac kelak.

Menurut ZDNet, Microsoft mungkin memperkenalkan kemaskini Update 1 ini selari dengan kemaskini sekuriti bulanan mereka, dan berbeza dengan kemaskini Windows 8.1, ia akan ditawarkan melalui Windows Update.

Sebelum ini, beberapa paparan skrin hadir memperlihatkan sokongan pin aplikasi Metro pada taskbar desktop. Selain daripada itu, ia dikatakan kemaskini Update 1 ini akan turut memfokuskan kepada pengurangan penggunaan memori dan juga ruangan storan, sekaligus membolehkan lebih banyak tablet dengan ruangan storan bersaiz kecil dipasarkan.

Jika ia benar Microsoft memperkenalkan kemaskini Windows 8.1 Update 1, maka tidak mustahil untuk gergasi perkomputeran tersebut turut berkongsi maklumat berkenaan Windows 9 pada acara BUILD 2014 kelak.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut dan lihat apakah yang akan dibawakan sepenuhnya oleh Microsoft melalui Update 1 ini.

Nota: