WhatsApp Untuk Android Kini Membolehkan Anda Membayar Untuk Rakan

WhatsApp pada awal hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk pengguna Android, dimana bersama-sama dengannya, ia menyertakan beberapa fungsi baru untuk pengguna perkhidmatan permesejan tersebut.

Melalui kemaskini baru ini, ia membolehkan pengguna mengawal tetapan privasi baru termasuk dari segi gambar profil, status dan juga “Last Seen”. WhatsApp turut dilihat menawarkan kemudahan untuk berkongsi gambar dengan lebih pantas berbanding sebelumnya serta beberapa kemaskini dari segi antaramuka.

Pada masa yang sama, salah satu fungsi yang turut mendapat perhatian adalah kebolehan untuk membayar untuk rakan-rakan. Melalui fungsi ini, pengguna boleh memilih rakan mereka, dan membayar yuran langganan tahunan untuk mereka terus melalui akaun anda.

Bagi pengguna Android, anda boleh mengemaskini WhatsApp anda hari ini dan menikmati beberapa fungsi baru yang dibawakan bersama-sama dengannya.

Nota: