WhatsApp Menambah Sokongan Paparan WhatsApp Status Pada Web

WhatsApp Status adalah salah satu ciri yang membolehkan anda berkongsi gambar dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam – lebih kurang seperti Instagram Stories, Facebook Stories, Snapchat Stories dan lain-lain. Ia buat masa ini membolehkan pengguna melakukan perkongsian dan menontonnya melalui aplikasi mudah-alih WhatsApp, dan hari ini pihak WhatsApp turut telah menambah sokongan untuk menonton perkongsian rakan-rakan terus melalui web.

Untuk mengaksesnya melalui web, anda terlebih dahulu perlu log masuk ke WhatsApp Web, dan klik pada sebuah ikon kecil bersebelahan dengan gambar profil anda.

Ia seterusnya akan membuka sebuah halaman khusus yang memaparkan pelbagai kemaskini WhatsApp Status daripada rakan-rakan, dan anda boleh menontonnya terus melalui web pada komputer anda.

Buat masa ini, WhatsApp hanya menawarkan kemudahan untuk menontonnya sahaja, dan belum menawarkan ciri untuk menambah kandungan ke WhatsApp Status melalui web lagi.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: