WhatsApp Membawakan Sokongan Tag Rakan Lain Pada Permesejan Berkumpulan

WhatsApp hari ini telah mula memperkenalkan sokongan tag pada permesejan berkumpulan, sekaligus memudahkan anda untuk tujukan sesuatu mesej kepada penerima dalam satu kumpulan.

Fungsi ini dilihat diperkenalkan secara berperingkat, bermula daripada anda yang menggunakan WhatsApp Beta pada peranti mudah-alih. Daripada apa yang kami lihat, walaupun pada peringkat beta, namun mesej yang ditujukan ini telah pun dapat dilihat oleh semua pengguna WhatsApp yang lain.

Untuk menujukan mesej kepada seseorang dalam Group sama, pengguna hanya perlu mulakan dengan tekan “@” dan ia akan memperlihatkan pilihan nama. Sekiranya nama tidak tersimpan, pengguna turut boleh melihat pilihan nombor telefon pada bahagian berkenaan.

Bagi anda, apakah anda mengemari fungsi baru yang dibawakan oleh WhatsApp ini? Adakah ia akan lebih memudahkan proses komunikasi anda dalam WhatsApp Group?

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: