WhatsApp Kini Mempunyai Lebih 600 Juta Pengguna Aktif

WhatsAppPersaingan dalam arena aplikasi permesejan boleh dikatakan agak sengit. Namun, ia seperti tidak memberikan impak kepada pihak WhatsApp, dimana terkini, ia diumumkan yang mana perkhidmatan permesejan tersebut mempunyai lebih kurang 600 juta pengguna aktif seluruh dunia.

Berbanding kebanyakkan perkhidmatan yang menggunakan terma pengguna berdaftar, pihak WhatsApp menggunakan terma pengguna aktif – yang mana merujuk kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan mereka sekurang-kurangnya sekali sebulan.

WhatsApp boleh dikatakan merupakan salah satu medium komunikasi utama yang digunakan oleh kebanyakkan pengguna telefon pintar. Malah, di Malaysia ia juga kerap digunakan untuk berinteraksi dan juga untuk tujuan jual-beli atas-talian berbanding beberapa aplikasi lain – mahupun emel.

Angka ini boleh dikatakan akan terus berkembang dengan positif, apatah lagi dengan WhatsApp yang kini beroperasi di bawah Facebook.

Nota: