WhatsApp Akan Menambah Sokongan Panggilan Suara Pada Suku Kedua 2014

WhatsAppWhatsApp sehingga kini hanya memfokuskan sepenuhnya kepada permesejan, sehinggalah diambil-alih oleh pihak Facebook pada harga mencapai $19 bilion. Kini, beberapa penambahan dirancang, dan salah satunya sokongan panggilan suara.

Ia tidak diketahui lagi platform manakah yang akan menerimanya dahulu, dan tidak mustahil untuk ia hadir sama ada pada Android atau iOS.

Sokongan panggilan suara melalui aplikasi permesejan bukanlah sesuatu yang baru, dimana pelbagai aplikasi permesejan dari Asia, termasuk BBM sendiri telah menyokongnya.

Namun, membawa sokongan panggilan suara ke WhatsApp semestinya akan memberikan salah satu impak yang tinggi, apatah lagi dengan ramai pengguna seluruh dunia menggunakannya sebagai salah satu platform komunikasi utama.

Nota: