Jarang kita mendengar perkara baru dalam arena cakera keras. Mengubah kebiasaan, hari ini pihak Western Digital dilihat mengumumkan penyertaan Helium pada cakera keras baru mereka, sekaligus menjadikannya lebih efisyen berbanding kebiasaan.
Setiap plate didalam sesuatu cakera keras yang digunakan untuk menyimpan data sering berputar pada kelajuan yang tinggi ketika proses penggunaan. Perkara ini membuatkan proses tersebut melalui beberapa rintangan, termasuk rintangan udara yang terkandung dalam sesuatu cakera keras tersebut.
Untuk mengatasi perkara ini, Western Digital menyertakan helium didalamnya, dimana ia lebih ringan berbanding daripada udara biasa, sekaligus mengurangkan rintangan yang dihadapi. Perkara ini juga sekaligus membolehkan lebih banyak plate dimasukkan …