Western Digital Memberikan Nafas Baru Untuk Rekaan Cakera Keras Luaran

Western Digital merupakan nama yang tidak asing lagi untuk penawaran cakera storan sama ada dalaman sesebuah komputer ataupun luaran yang memudahkan ia dibawa kemana-mana. Hari ini, Western Digital telah pun mengumumkan kemaskini baru untuk produk cakera keras luaran mereka, My Passport.

My Passport baru ini hadir dengan rekaan berwarna-warni, dan pada masa yang sama memberikan kelainan sedikit dari segi rekaan berbanding sejumlah cakera keras luaran yang lain.

Seperti penawaran biasa Western Digital, mereka turut menawarkan sokongan sekuriti tambahan dan integrasi dengan perkomputeran awan melalui penawaran produk baru ini.

Bagi kebanyakkan pengguna yang menggunakan hanya satu cakera keras, mungkin tidak akan begitu kisah akan penawaran berwarna ini – apatah lagi ia sedikit mahal berbanding My Passport biasa. Namun, untuk mereka yang mempunyai sejumlah cakera keras luaran dengan fungsi simpanan data berbeza, mungkin ini dapat membantu anda dalam membezakan kandungannya.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: