WeChat Menghampiri Angka 1 Bilion Untuk Pengguna Aktif Bulanan

WeChat merupakan salah satu perkhidmatan sosial dan permesejan yang dibangunkan oleh Tencent. Berkongsi mengenai aplikasi berkenaan ketika pengumuman kewangan hari ini, pihak Tencent mengatakan WeChat kini mempunyai sekitar 963 juta pengguna.

Dengan perkembangan sihat untuk aplikasi berkenaan, ia tidak mustahil untuk melihat WeChat mencapai angka pengguna aktif bulanan 1 bilion pada penghujung tahun ini.

Disamping WeChat, Tencent juga turut mempunyai satu lagi perkhidmatan yang mempunyai angka pengguna ramai, iaitu QQ. Menurut laporan kewangan, QQ kini mempunyai 850 juta pengguna aktif bulanan.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: