WD Menyambut Ulangtahun ke-10 Siri My Passport – Melancarkan My Passport Edisi Khas

Western Digital pada hari ini telah menyambut ulangtahun ke-10 siri peranti pemacu cakera keras mudah alih mereka iaitu My Passport. Dalam meraikan sedekad lamanya mereka didalam industri storan mudah alih, mereka telah melancarkan dua variasi My Passport, iaitu My Passport Ultra – Metal Edition dan My Passport Ultra – Anniversary Edition.

Kedua-dua pemacu cakera keras berdasarkan My Passport Ultra itu hadir dengan bahagian hadapan mempunyai kemasan aluminium yang digilap dan mempunyai badan seakan-akan unibody. Dibelakang My Passport Ultra – Anniversary Edition pula terdapat label menyatakan edisi ulangtahun ke-10.  Saiz storan yang ditawarkan untuk kedua-dua pemacu cakera keras ini adalah 1TB dan 2TB. Ia hadir dengan aplikasi WD SmartWare Pro yang membolehkan pengguna membuat penyalinan data bersistematik dan perisian tersebut juga membolehkan pengguna membuat salinan data dari pemacu My Passport ke akaun Dropbox. Bagi versi My Passport Ultra ini, ia juga turut membawakan 256-bit hardware encryption.

Kedua-dua pemacu cakera keras ini ditawarkan dengan jaminan terhad serantau selama 3 tahun dan boleh didapati di kedai peranti komputer berhampiran pada harga RM 279 untuk kapasiti 1TB, dan RM 439 untuk kapasiti 2TB.

Nota: