WD Malaysia mengemaskini WD Red, turut hadir dengan WD Red Pro

Western Digital Malaysia pada tahun ini telah mengumumkan pelbagai produk. Produk keluarga Red mereka yang memfokuskan kepada Storan-Rangkaian (NAS – Network Attached Storage) telah diperkenalkan beberapa tahun lalu dan hari ini mereka telah mengadakan acara suatu media dan berkongsi mengenai kemaskini pemacu cakera keras WD Red, serta memperkenalkan WD Red Pro.

WD Red 5-6TB

Pemacu cakera keras WD Red yang baru telah dikemaskini dengan sokongan NASware 3.0 yang menawarkan pembaharuan antaranya menyokong lebih banyak pemacu untuk kegunaan NAS sekaligus menaikkan had storan. Mereka turut menawarkan kapasiti storan terbaru dengan memperkenalkan pemacu 5TB dan 6TB. Kelainan WD Red dengan WD Red Pro adalah pemacu cakera kerasnya yang perlu diletakkan menegak berbanding mendatar. Bagi sistem WD Red, sehingga 8 pemacu boleh diletakkan bersama.

WD Red Pro

Pemacu WD Red Pro yang baru diperkenalkan pula merupakan pemacu storan NAS dikhususkan lebih buat pengguna bisnes besar dan professional yang biasanya menggunakan diantara 8 sehingga 16 pemacu NAS. Berbanding dengan WD Red yang menggunakan Intellipower dimana kelajuan membaca cakera berubah-ubah(RPM), WD Red Pro mempunyai kelajuan 7200 RPM. WD Red Pro juga sesuai digunakan dalam rak pelayan dan boleh diletakkan mendatar. Oleh kerana WD Red Pro merupakan pemacu cakera keras kelas tertinggi, ia sesuai untuk digunakan bagi sistem yang mempunyai 8 hingga 16 pemacu NAS.

WD Red compare

Harga WD Red dengan kapasiti storan baru 5TB ialah RM 819 dan 6TB ialah RM989. Bagi WD Red Pro pula yang bermula dengan kapasiti storan 2TB ialah RM529, 3TB ialah RM659 dan 4TB ialah RM859. WD Red juga ditawarkan dengan jaminan selama 3 tahun berbanding 5 tahun untuk WD Red Pro.

The post WD Malaysia mengemaskini WD Red, turut hadir dengan WD Red Pro appeared first on Amanz.

Nota: