Wanita Ini Hanya Minum Susu Selama 25 Tahun

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Wanita Ini Hanya Minum Susu Selama 25 Tahun | WANITA berumur 25 tahun dari India ini tidak pernah mengambil sebarang jenis makanan sepanjang hidupnya.

Wanita Ini Hanya Minum Susu Selama 25 Tahun

Menurut Manju Dharra dari Sonipat berhampiran New Delhi, dia hanya bergantung hidup dengan minum 5 liter susu sehari atau mengambil dadih sejak kecil.

Keluarganya membawa Manju menjalani pelbagai rawatan untuk mengubah diet peliknya, namun gagal.

Memetik laporan DailyMail, bapanya, Ramkanwar Dharra berkata, masalah kewangan yang dihadapi keluarganya menyebabkan beliau tidak mampu untuk membawa Manju berjumpa pakar atau melakukan pembedahan.

Difahamkan, wanita tersebut menghidapi achalasia, sejenis penyakit yang akan menyebabkan individu muntah jika mengambil sebarang makanan pejal.

Masalah tersebut berlaku kerana saluran kerongkong tidak terbuka untuk membolehkan makanan masuk ke dalam perut.

Sumber

If you enjoyed this post, you should read this: Euw ! Trend Gila Tato Extrem Dalam Bibir

Wanita Ini Hanya Minum Susu Selama 25 Tahun
Beki Mustaffa

Nota: