Wanita dibunuh, disumbat, dihanyutkan

Utama

am@hmetro.com.my

Klang: Mayat seorang wanita dipercayai rakyat tempatan ditemui diikat sebelum disumbat dan dihanyutkan dalam beg bagasi di Sungai Klang, Bandar Baru Klang, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mayat separuh reput itu ditemui pekerja pembersihan warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan mendapati mayat itu dalam keadaan berlipat dan diikat dengan menggunakan cadar.

“Mangsa dianggarkan berusia 30-an dan kaki kanannya dibalut simen hingga paras lutut dipercayai tulang kakinya patah.

“Mayat dihantar ke Hospital Shah Alam dan bedah siasat mendapati mayat itu berketinggian 157 sentimeter (cm), berat 50 kilogram, memakai pendakap gigi dan dipercayai baru melahirkan anak kerana terdapat kesan parut pembedahan di bahagian perutnya,” katanya tadi.

Mohd Yusoff berkata, mayat dipercayai dibunuh lebih seminggu lalu namun tiada kesan kecederaan atau hentakan ditemui berikutan keadaan mayat yang sudah reput.

Beliau berkata, identiti mangsa tidak dapat dikenalpasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Image: 
Ayusliza Azizan

Klang: Mayat seorang wanita dipercayai rakyat tempatan ditemui diikat sebelum disumbat dan dihanyutkan dalam beg bagasi di Sungai Klang, Bandar Baru Klang, petang semalam.

| Artikel @ berita penuh



Widget not in any sidebars


| Lagi di INSPIRASI | BERITA | TECH | BLOG

Nota: