Wacom Melancarkan Tablet MobileStudio Pro Dengan Stylus Terbina

Sebelum wujudnya “tablet”, tablet untuk melukis Wacom ialah peranti input yang wajib dimiliki oleh penggemar seni lukisan digital. Masa sudah banyak berubah dan kini Wacom menghasilkan sebuah tablet Windows 10 yang boleh digunakan sebagai studio seni mudah alih. Wacom MobileStudio Pro ialah tablet dengan skrin sebesar 15.6″ dan 13.3″.

Spesifikasi untuk Wacom MobileStudio Pro 16 ialah skrin 15.6″ UHD, pemproses Intel Core i-5. i-7, RAM sebesar 8/16  Gigabyte, storan 128/256 Gigabyte dan kad grafik NVIDIA Quadro M600M/M1000M. Terdapat kamera utama sebesar 8-Megapixel yang menggunakan teknologi Intel RealSense 3D. Kamera hadapan pula sebesar 5 Megapixel.

Spesifkasi untuk Wacom MobileStudio Pro 13 pula alah skrin 13.3″ WQHD, pemproses Intel Core i-5, Core i7, RAM sebesar 4-16 Gigabyte, storan 64-512 Gigabte dan kad grafik terbina Intel Iris Graphics 550. Kamera utama 8-Megpixle RealSense 3D dan kamera hadapan 5-Megapixel melengkapi spesifikasi.

Kedua-duanya hadir dengan stylus Wacom Pro Pen 2 dengan 8192 tahap kepekaan. Ini bersamaan dengan dua kali lebih baik berbanding Wacom Pro Pen dan S Pen yang digunakan pada Galaxy Note 7. Stylus ini turut boleh mengesan tahap kesendengan ketika digunakan dan tidak memerlukan sebarang bateri untuk beroperasi.

Harga Wacom MobileStudio Pro bermula dari $1499 (~RM 6263)sebuah untuk model paling asas dan akan mula dijual November hadapan.

wacom-pro-pen-2

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: