Wacom Melancarkan Dua Stylus Untuk Kegunaan Peranti iOS Dan Windows 10

Stylus ialah perkataan yang pernah dianggap jijik oleh Steve Jobs. Ia dikatakan kuno dan tidak diperlukan lagi apabila peranti dengan skrin sesentuh mula dihasilkan. Realitinya sekarang ialah skrin sesentuh dan jari masih belum dapat menandingi stylus dari segi kejituan. Oleh sebab itulah S-Pen, Apple Pencil dan Surface Pen wujud untuk kegunaan menghasilkan karya seni digital.

Wacom baru sahaja melancarkan dua stylus yang mensasarkan pengguna Windows 10 dan iOS. Wacom Bamboo Ink untuk Windows 10 dan Wacom Bamboo Sketch untuk iOS. Kedua-duanya ditambat secara Bluetooth dengan beberapa pilihan mata pena. Bamboo Sketch boleh digunakan pada kesemua peranti iOS tidak seperti Apple Pencil yang hanya boleh digunakan peranti iPad Pro. Kedua-dua stylus dijual pada harga $79.95 (~RM 343) sebatang.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: