VServ Menawarkan Hadiah Sehingga $10,000 Untuk Pembangun Di GDG Devfest

GDG Devfest bakal diadakan di Kuala Lumpur esok, dimana akan menyaksikan pelbagai perkongsian untuk pembangunan di platform Google, seperti Android dan sebagainya. Beberapa pihak menyatakan sokongan untuknya, dan terkini adalah VServ.

VServ merupakan salah satu penyedia pengiklanan dalam aplikasi melalui beberapa platform mereka, dan salah satunya adalah AppWrapper.

GDG Devfest - Vserv

Pada GDG Devfest, pihak VServ bakal berkongsi beberapa perkara mengenai penjanaan wang melalui aplikasi untuk para pembangun, dan bagi mereka yang berminat boleh menggunakan AppWrapper dan berpeluang untuk memenangi hadiah sehingga $10,000 untuk setiap pembangun.

Pemberian hadiah ini ditawarkan oleh pihak VServ bergantung kepada penjanaan wang oleh seseorang pembangun melalui aplikasi mereka selama 20 hari selepas GDG Devfest. Sekiranya mereka menjana sehingga $3000, maka pihak VServ akan menambah bonus tambahan $3000 untuk pembangun tersebut.

Untuk tujuan ini, pihak VServ menyediakan dana sehingga $200,000, dan seperti biasa bagi mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengannya pada acara GDG Devfest esok – 10 November 2013.

Nota: