VSCO Cam 3.0 Untuk iPhone Kini Membolehkan Anda Mengikut Jurugambar VSCO Lain

VSCO Cam merupakan salah satu aplikasi fotografi yang diminati ramai, apatah lagi dengan sokongan pelbagai kawalan yang diberikan untuknya. Hari ini, pembangunnya mengemaskini aplikasi VSCO Cam untuk iPhone, sekaligus membawakan fungsi untuk mengikuti rakan-rakan lain.

VSCO Cam 3.0

Walaubagaimanapun, pengguna hanya boleh melihat gambar sahaja, dan tidak boleh meninggalkan komen seperti pada Instagram dan beberapa aplikasi lain.

VSCO Cam 3.0 dilihat turut menyertakan beberapa perkara lain, termasuk membolehkan pengguna melihat VSCO Grid terus pada VSCO Cam – sekaligus memudahkan pengguna mengikut gambar-gambar menarik.

Beberapa perubahan lain termasuk bahagian tetapan privasi dan lokasi yang dikemaskini, sedikit perubahan pada antaramuka, dan sokongan iPhone 4S yang ditambah baik.

Nota: