VSCO Cam 3.0 Diperkenalkan Untuk Android – Membolehkan Anda Mengikuti Pengguna Lain

VSCO Cam merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan pengguna menambah penuras dan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik melaluinya. Ia mempunyai komuniti penggunanya tersendiri, dan kini pihak VSCO dilihat ingin memudahkan lagi seseorang pengguna mengikuti yang lain.

Fungsi ini telah diperkenalkan pada aplikasi iOS sebelum ini, dan hari ini fungsi sama turut diperluaskan ke aplikasi Android. Melalui versi 3.0 ini, ia kini menyertakan fungsi yang dinamakan sebagai VSCO Grid, dimana ia memaparkan garis masa tersendiri dengan koleksi gambar-gambar menarik daripada pengguna lain.

Apa pun, berbeza dengan aplikasi perkongsian gambar lain, VSCO Grid tidak menyertakan sebarang sokongan komentar ataupun Like padanya. Perkara ini membolehkan pengguna di VSCO hanya memfokuskan kepada gambar-gambar yang dikongsikan sahaja.

Bagi anda yang menggunakan VSCO Cam, anda boleh mengemaskini aplikasi anda kepada versi terkini, dan menggunakan fungsi baru yang dibawakan ini.

Nota: