Vine Kini Memudahkan Semua Menonton Video 6 Saat Melalui Web

Laman web Vine sebelum ini memerlukan pengguna untuk log masuk terlebih dahulu sebelum dapat menonton pelbagai video yang dikongsikan pengguna seluruh dunia. Hari ini, ia berubah apabila pembangun Vine memperkenalkan kemaskini pada web mereka.

Vine Web

Melalui kemaskini baru ini, ia memudahkan sesiapa sahaja untuk mengakses laman Vine pada desktop mereka, sekaligus menonton hasil karya daripada pengguna seluruh dunia. Pengguna juga turut boleh membuat carian, melihat playlist dan sebagainya dengan mudah.

Pengenalan perubahan ini sekaligus memperlihatkan perubahan penawaran Vine, dan menjadikannya boleh bersaing dengan perkhidmatan seumpamanya lain, selain memudahkan lagi proses perkongsian dan penemuan video oleh semua pengguna.

Disamping itu, pengenalan ini juga akan memudahkan lagi pembangun Vine untuk mula menjana wang melalui perkhidmatan mereka, berbanding versi tertutup sebelum ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan web Vine baru ini?

Layari : Web Vine

Nota: