Viber Untuk Windows Phone Dikemaskini – Menyertakan Fungsi Viber Sticker Market

Viber hari ini telah memperkenalkan Viber 4.0 untuk pengguna peranti Windows Phone, dimana bersama-sama dengannya ia menyertakan pelbagai fungsi baru, termasuk sokongan notifikasi yang lebih baik, dan berfungsi dengan lebih pantas berbanding versi sebelumnya.

Viber 4.0

Pada masa yang sama, ia turut menyertakan Viber Sticker Marker, membolehkan pengguna untuk memuat-turun pelbagai jenis sticker percuma atau berbayar dan menggunakannya dalam menghantar mesej interaktif kepada rakan-rakan.

Bagi pengguna Windows Phone, anda boleh memuat-turun aplikasi Viber 4.0 untuk Windows Phone hari ini dan mula menggunakannya dalam membuat panggilan VoIP atau bermesej dengan rakan-rakan.

Nota: