Verily Sedang Menguji Gelang Tangan Berasaskan Paparan E-Ink Untuk Memantau Kesihatan

Verily merupakan sebahagian daripada Google X yang kini beroperasi sebagai sebuah syarikat bebas, dan memfokuskan kepada pembangunan pelbagai perkara berkaitan dengan kesihatan. Terkini, melalui apa yang dilihat oleh MIT Technology Review, Verily dilihat sedang menguji sebuah gelang tangan pintar berasaskan paparan e-ink untuk memantau kesihatan.

Gelang tangan ini ditujukan untuk digunakan dalam kajian perubatan, dan digunakan di hospital dan sebagainya. Ia dikatakan akan digunakan untuk mengumpulkan pelbagai data berkaitan kesihatan seseorang pengguna.

Melalui gelang tangan berkenaan, ia boleh menyemak ECG (electrocardiogram) pengguna, selain turut boleh memantau nadi dan denyutan jantung pengguna.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian dalaman lagi di Verily, dan mungkin perlu melalui pelbagai fasa pembangunan sebelum hadir dengan versi akhir. Ia juga dikatakan Verily mungkin mengintegrasikan beberapa sokongan tambahan, termasuk seperti mengesan tekanan darah dan sebagainya menggunakan gelang tangan pintar mereka.

Melalui data yang dikumpulkan kelak, Verily dilihat mungkin menggunakannya untuk sejumlah perkara, termasuk untuk mengesan pelbagai jenis penyakit lebih pantas, sekaligus mengurangkan kesannya kepada pengguna.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: