Verify Halal Dilancarkan Untuk iPhone Bagi Memudahkan Anda Menyemak Status Halal Produk

Selepas memperkenalkan aplikasi Verify Halal untuk Android pada bulan Mei lepas, kini Jakim dan Serunai Commerce turut telah melancarkan aplikasi sama untuk para pengguna peranti iOS, iaitu iPhone dan iPad.

Aplikasi ini menawarkan ciri lebih kurang sama seperti versi Android. Pengguna boleh menggunakan aplikasi ini untuk menyemak status halal sesuatu produk. Melalui aplikasi ini, anda hanya perlu mengimbas barkod untuk sesuatu produk, dan ia akan menyemak data daripada sekitar 60 badan persijilan peringkat global – termasuk Jakim.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Verify Halal ini untuk iPhone hari ini.

Muat-Turun Verify Halal untuk iOS

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: