Varian Samsung Galaxy A Bocor

Butiran mengenai varian telefon pintar Samsung yang lebih premium, di bawah siri Samsung Galaxy A telah dibocorkan oleh laman web pakar peranti Samsung, SamMobile.

Samsung Galaxy A

Varian Samsung Galaxy A Bocor

Siri telefon pintar Samsung Galaxy A keluaran Samsung dikatakan akam membawa ciri-ciri dan rekabentuk yang dilihat pada telefon pintar Samsung Galaxy Alpha kepada varian-variannya dalam beberapa bulan akan datang. Ia terdiri dari model A7, A5 dan A3.

Laman web pakar mengenai produk Samsung, SamMobile, telah mendedahkan lebih banyak butiran mengenai siri telefon pintar itu termasuk fakta mengenai keseluruhan siri A akan dilengkapi kebolehan 4G LTE. Ini bermakna model dengan spesifikasi paling rendah, A3, juga akan dilengkapi 4G LTE.

Harga-harga peranti juga telah dibocorkan dengan model A3 berharga di antara USD350(RM1200 +/-) hingga USD400 (RM1400 +/-), A5 pula berharga USD400 hingga USD450 dan model A7 berharga USD450 hingga USD500.

Paling menarik (atau menghampakan) ialah model A7 dikatakan tidak akan dipasarkan secara meluas berbanding dua lagi model yang lain. Satu khabar yang kurang menarik bagi mereka yang gemarkan telefon pintar berspesifikasi tinggi.

Sebaliknya model A7 akan dilancarkan di negara-negara tertentu sahaja. Tiada sebab diberi, namun boleh dikatakan Samsung risau model A7 ini akan bersaing terlalu rapat dengan Samsung Galaxy Alpha dan menyebabkan jualannya menurun.

Siri Samsung Galaxy A dijangka akan diumumkan sekitar suku kega tahun ini, iaitu lebih kurang sekarang. Kita boleh menjangkakan Samsung membuat pengumuman bila-bila masa.

The post Varian Samsung Galaxy A Bocor appeared first on TechKini.com.

Nota: