Valve Menyertai Linux Foundation

Valve sedia terkenal dalam arena permainan, terutamanya melalui Steam mereka. Sebelum ini, mereka telah memperkenalkan Steam untuk Linux, dan hari ini secara rasminya ia diumumkan yang mana Valve akan menyertai Linux Foundation, salah satu badan yang menerima sokongan pelbagai nama besar lain.

Dengan menyertai Linux Foundation, ia sekaligus menjadikan pihak Valve melabur dengan lebih meluas dalam pembangunan dunia permainan untuk sistem operasi sumber terbuka. Ia mungkin hadir dalam beberapa bentuk, termasuk menyediakan platform untuk pembangun, menyediakan spesifikasi hardware yang sesuai dengan Linux dan pelbagai perkara lain.

Pihak Valve sendiri sebelum ini telah memperlihatkan Steam OS, salah satu sistem operasi daripada mereka yang turut berasaskan kepada Linux.

Nota: