Usah Abaikan Penjagaan Kaki

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Usah Abaikan Penjagaan Kaki | Kita sering memberi perhatian sepenuhnya kepada penjagaan wajah. Kita melebab dan membersihkan wajah supaya ia kelihatan sihat dan bersih, bagaimana pula dengan kaki? Hanya disebabakan adalah anggota badan yang paling bawah, tidak semestinya kita abaikan penjagaannya.

Losen badan dan pelembab siku dapat bertindak baik dengan tumit dan kulit yang keras pada kaki. Tetapi jika tumit anda kering atau merekah, sebaiknya gunakalah krim yang diformulasikan secara khusus untuk kaki. Krim kaki ini mungkin mengandungi hidroksi asid alfa atau beta untuk menanggalkan kulit mati. Bagi tumit yang merekah, sebaiknya cari krim yang mempunyai kandungan dimethicone sebagai lapisan perlindungan yang dapat memerangkap kelembapan.

 Usah Abaikan Penjagaan Kaki

Kaki berbau?

Boleh memilih sama ada spray atau bedak masker untuk kaki berbau, tetapi ia tidak memberi kesan kepada punca utama kaki berbau, iaitu peluh. Kaki kita mempunyai lebih daripada 250,000 kelenjar peluh. Antiperspirant yang diperolehi di farmasi mungkin tidak berkesan untuk tapak kaki atau di celahan jari kaki. Tetapi terdapat juga antiperspirants dan bedak kaki yang boleh membantu.

Terdapat juga lapik (pad) yang dapat mengawal kelembapan yang mengandungi aluminum chloride bagi mengawal kelembapan dan bau. Ia dapat digunakan sebanyak beberapa kali dalam seminggu semasa tidur.

Anda juga boleh mencari bedak khas untuk kaki yang dapat meresap lembapan dan membantu menghalang peluh di kaki. Anatara kandungannya adalah:

Dimethicone, lapisan perlindungan yang memerangkap kelembapan
Triclosan, yang membunuh bakteria penyebab bau
Chlorhexidine digluconate, juga bahan antibakteria yang membunuh bakteia penyebab bau
Grillocin, peneutral bau
Menthol, agen penyejuk

kaki 3 Usah Abaikan Penjagaan Kaki

Anda juga boleh mengambil langkah berikut untuk mengelakkan kaki berbau. American Podiatric Medical Association (APMA) mengesyorkan:

– Tukar kasut anda setiap hari supaya setiap pasang kasut dapat dianginkan.
– Tukar stokin dengan lebih kerap.
– Gunakan bedak kaki dan antiperspirants
– Amalkan merendam kaki ke dalam cuka bercampur air.

Kulat di kuku jari kaki

Ramai orang mendapat kulat di kuku jari kaki ini. Kulat ini hidup dalam suhu panas atau keadaan lembab, seperti bilik mandi dan kasut sukan. Jangkitan kuku jari kaki juga adalah lumrah bagi seseorang yang banyak berpeluh dan sering berenang. Juga biasa bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis.

Kulat di kuku jari kaki ini menyebabkan kuku jari kaki anda menjadi tebal dan bewarna kekuningan. Cara yang terbaik adalah dengan mencegah. Pastikan anda sentiasa memakai stokin yang kering dan bersih. Jangan memakai kasut yang sama setiap hari, terutamanya ketika cuaca panas.

Kebanyakkan rawatan yang boleh diperolehi di farmasi tidak begitu berkesan. Preskripsi ubat boleh menjadi sangat efektif, tetapi ia perlu diambil untuk masa yang lama bagi memberikan kesan. Ubatan ini mungkin dapat menyebabkan kesan sampingan dan menganggu jika anda ada mengambil ubatan lain.

kaki 2 Usah Abaikan Penjagaan Kaki

Salah satu cara untuk menghindari kulat ini adalah dengan menggunakan stokin kapas dan kasut yang mempunyai ruang udara jadi kaki anda dapat sentiasa kering.

Cara yang lain adalah dengan menggunakan ubat anti-kulat yang boleh didapati di farmasi seperti Lamisil, Terbinex (terbinafine) atau clotrimazole. Pastikan anda merawat kesemua bahagian kaki yang dijangkiti termasuk kuku kaki, jika anda hanya mengubati bahagian kulit sahaja, kulat boleh kembali menyerang. Jika kulat tersebut tetap bertahan selepas 4 – 5 minggu rawatan, segera dapatkan pemeriksaan doktor.

Zyra harap artikel ini dapat membantu para pembaca, barulah cantik atas dan bawah icon wink Usah Abaikan Penjagaan Kaki

If you enjoyed this post, you should read this: People

Usah Abaikan Penjagaan Kaki
zyra roxx

Nota: