(Ura-Ura) Xiaomi Mungkin Melancarkan Peranti Android One – Tanpa Antaramuka MIUI

Xiaomi merupakan salah satu jenama peranti yang sedia terkenal dengan penawaran peranti pada harga rendah. Terkini, desas-desus baru hadir mengatakan Xiaomi mungkin melancarkan telefon pintar dibawah program Android One yang dikelolakan oleh Google.

Dibawah Android One, Google menyediakan rangka pembangunan, selain mana peranti dibawah program ini akan menggunakan versi Android asli tanpa sebarang penambahan daripada para pengeluar peranti.

Sekiranya ini benar, maka kita mungkin melihat penawaran Xiaomi ini menjadi peranti pertama yang hadir tanpa antaramuka MIUI dan menggunakan antaramuka natif Android.

Info baru mengenai Xiaomi dan Android One ini hadir daripada penyenaraian di Indonesia untuk peranti Xiaomi Mi 5X yang dilabelkan sebagai peranti Android One.

Buat masa ini, tiada komen rasmi berkaitan dengan perkara ini daripada pihak Xiaomi lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: