(Ura-Ura) Xiaomi Bakal Hadir Dengan Peranti Boleh-Pakai Dinamakan “Mi Band”

Tahun ini boleh dikatakan sebagai salah satu tahun yang amat aktif untuk Xiaomi. Selain memperluaskan penawaran mereka ke beberapa buah negara, mereka turut telah hadir dengan beberapa produk baru, termasuk penghala dan juga tablet. Terkini, ura-ura baru mengatakan Xiaomi bakal hadir dengan peranti boleh-pakai mereka tersendiri dinamakan “Mi Band”.

“Mi Band” dikatakan akan lebih memfokuskan kepada sokongan sebagai fitness tracker untuk memantau beberapa aktiviti aktif dan mengumpulkan data kecergasan.

Xiaomi sedia terkenal dengan penawaran produk dan peranti daripada mereka pada harga rendah, disamping pada masa yang sama hadir dengan binaan berkualiti. “Mi Band” ini dijangka akan membawakan tanda harga serendah 199 Yuan (~RM101), dan mungkin akan bersaing dengan beberapa pengeluar lain dalam arena sama.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Xiaomi akan mengumumkannya. Mungkinkah bersama Xiaomi Mi4?

Nota: