(Ura-Ura) Samsung Mungkin Memperkenalkan “Galaxy Glass” Pada Bulan September Ini

Selain daripada tablet dan juga telefon yang menjadi fokus Samsung, pengeluar peranti mudah-alih tersebut juga dilihat memfokuskan peranti boleh-pakai, dimana selain jam tangan pintar, mereka juga bakal hadir dengan sebuah kaca mata pintar pada tahun ini.

Desas-desus berkenaan ini bukanlah sesuatu yang baru, dimana telah kedengaran sejak tahun lepas lagi.

Samsung Glass

Dikenali dengan nama “Galaxy Glass” buat masa ini, ia dikatakan mungkin diperkenalkan pada acara IFA 2014 yang akan diadakan pada bulan September kelak.

Sekiranya ia membawakan fungsi seumpama Gear, maka kita akan dapat melihat pengguna boleh mengawal panggilan dan muzik menggunakan kaca mata pintar mereka. Mungkin juga kita akan dapat melihat beberapa integrasi dan fungsi seumpama Google Glass pada peranti baru daripada Samsung ini kelak.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan kaca mata pintar daripada Samsung ini.

Nota: