(Ura-Ura) Oppo Bakal Hadir Dengan Oppo N1 Mini?

Oppo sebelum ini telah memperkenalkan telefon pintar mereka, Oppo N1 yang membawakan kamera boleh berputar – sekaligus menggunakan hanya satu sensor kamera untuk rakaman belakang, dan hadapan. Mengikut ura-ura baru yang hadir hari ini, Oppo dikatakan sedang menyiapkan sebuah peranti bersaiz sedikit kecil untuk Oppo N1 tersebut.

Oppo N1

Oppo N1 sebelum ini membawakan skrin bersaiz 5.9-inci, sementara versi “mini” kelak dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5-inci. Oppo N1 boleh dikatakan agak bersaiz besar, dan mungkin tidak sesuai untuk semua pengguna, sebaliknya versi “mini” tersebut dijangka akan menggunakan saiz popular pada masa kini.

Selain daripada Oppo N1 Mini, pihak Oppo juga dijangka akan memperkenalkan kemaskini Oppo N2, tetapi maklumat berkaitan dengannya masih samar-samar buat masa ini.

Ia tidak diketahui lagi bilakah kedua-dua peranti baru tersebut akan hadir, memandangkan pihak Oppo baru sahaja memperkenalkan Find 7 dan lebih memfokuskan pemasaran untuknya buat masa ini.

Nota: