(Ura-Ura) Huawei Mate 9 Dan Mate S2 Akan Dilengkapi Dwi-Kamera Leica

Selepas melancarkan dua peranti kelas pertengahan Huawei Nova, ramai yang menantikan kemunculan peranti utama mereka. Kini kedengaran ura-ura mengatakan Huawei Mate 9 dan Mate S2 bakal menggunakan dwi-kamera keluaran Leica. Sistem OIS, pemfokusan laser dan zoom analog turut dijangka akan digunakan. Pada P9, tiada sistem OIS digunakan.

Pada waktu yang sama Mate 9 dan Mate S2 mungkin akan diperkasakan dengan pemproses Kirin 960 dan RAM sebesar 6 Gigabyte.Ini pastinya reaksi kepada peranti seperti OnePlus 3 dan Vivo Xplay 5 yang turut mempunyai saiz yang setanding. Antaramuka baru EMUI 5.0 berasaskan Android Nougat akan turut digunakan. Sebenarnya penggunaan kamera Leica pada peranti Mate bukan lagi rahsia. Ia sudahpun disahkan sendiri oleh Kevin Ho( (President Handset Product Line) di dalam temuramah kami bersama beliau dua minggu yang lalu.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: