(Ura-Ura) Google Bakal Memperkenalkan Kemaskini Rekaan Ikon Untuk Android

Setiap tahun, Google sering hadir dengan kemaskini versi Android yang menyertakan beberapa pembaharuan bersama-sama dengannya. Untuk tahun ini, ia dilihat Google mungkin turut memfokuskan kepada pengenalan sedikit kemaskini pada antaramuka Android melalui versi terbarunya.

Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Google akan memperkenalkan kemaskini rekaan ikon untuk pelbagai perkhidmatan mereka, termasuk Google Play, GMail, YouTube, Maps, Hangout, Camera dan sebagainya.

google-android-baru-ikon

Rekaan baru yang dikongsikan melalui Android Police turut memperlihatkan penggunaan visual yang baru berbanding beberapa versi sebelum ini. Apa pun, memandangkan ia sedikit berbeza dengan penggunaan ikon pada perkhidmatan versi web sekarang, maka tidak diketahui sama ada pihak Google masih sedang mengujinya ataupun akan memperkenalkan ia pada versi Android akan datang.

Jadi, bagi anda, apakah kata anda berkenaan dengan rekaan ikon baru untuk Android ini?

Nota: