(Ura-Ura) Allo Akan Dilancarkan Minggu Ini – Aplikasi Permesejan Pintar Dari Google

Google pada I/O yang lepas telah memperlihatkan dua aplikasi komunikasi baru – iaitu satu untuk panggilan video yang dinamakan Duo, dan satu lagi adalah Allo. Seperti ramai sedia maklum, Duo telah pun dilancarkan beberapa minggu lepas, sekaligus membuatkan ramai yang ternanti-nanti akan aplikasi Allo yang baru.

Terkini, menurut @evleaks yang sering berkongsi sejumlah informasi sebelum dilancarkan, mengatakan aplikasi Allo akan dilancarkan sekitar minggu ini.

Bagi yang tidak mengikuti perkembangan Allo, ia adalah sebuah aplikasi permesejan yang hadir dengan integrasi pembelajaran pintar. Pengguna boleh menggunakan ia sebagai aplikasi permesejan biasa, dan dengan pembelajaran pintar, ia akan mempelajari kaedah penggunaan anda sekaligus mencadangkan balasan mesej yang sesuai sekiranya anda inginkannya.

Allo

Allo

Allo

Pengguna juga turut boleh memanggil pembantu pintar Google dalam sesuatu perbualan dan mengarahkan ia untuk membuat beberapa carian ataupun bertanyakan soalan terhadap Google tanpa perlu meninggalkan aplikasi Allo tersebut sendiri.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah tarikh rasmi pelancarannya untuk semua. Tetapi, dengan perkongsian @evleaks ini, mungkin kita boleh nantikan minggu ini untuk mencuba dan menggunakan aplikasi berkenaan.

Hello, Allo (launches this week).

— Evan Blass (@evleaks) September 18, 2016

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: