Uniqlo Hadir Dengan Aplikasi Untuk Memudahkan Pengguna Mereka T-Shirt Tersendiri

Jenama Uniqlo mungkin tidak asing untuk para pengguna tempatan. Terkini, Uniqlo telah menerbitkan sebuah aplikasi khas di Google Play Store dan Apple AppStore, membolehkan para pengguna untuk mereka baju-T mereka tersendiri menggunakannya.

Uniqlo UTme!

Melalui aplikasi tersebut, pengguna boleh memilih sama ada ingin memasukkan gambar, ataupun menggunakan teks sahaja dalam rekaan baju mereka. Kemudian, mereka boleh menambah beberapa efek seperti Splash, Glitch dan Mosaic.

Akhir sekali pengguna boleh menyimpan gambar tersebut, ataupun berkongsi rekaan anda dengan rakan anda yang lain. Pihak Uniqlo turut dilihat menawarkan khidmat percetakkan baju rekaan tersebut sekiranya anda berada di Jepun. Mungkin sebagai alternatif, sekiranya anda ingin mendapatkan rekaan baju-T anda dicetak, mungkin boleh membawa rekaan tersebut kepada beberapa pencetak baju di Malaysia.

Muat-Turun UTme! untuk iOS

Nota: