Badan Perhubungan Umno Melaka mencadangkan agar Majlis Tertinggi (MT) parti itu supaya memecat ahli parti yang bersekongkol dengan pembangkang.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata ahli Umno yang berbuat demikian perlu dipecat kerana tidak lagi mempunyai semangat serta ‘roh’ Umno…