Ulang Tahun Ke-10 Pusat Pelawat Royal Selangor

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Dr Ong Hong Peng semalam merasmikan pelancaran sambutan ulang tahun ke-10 Pusat Pelawat Royal Selangor di Setapak, Kuala Lumpur.

Ditubuhkan pada tahun 1885, Royal Selangor telah memainkan peranan yang penting dalam industri pelancongan Malaysia dengan mempertingkatkan sejarah perlombongan bijih timah dan warisan ketukangan pewter serta menghasilkan pelbagai rekaan barangan pewter yang indah yang sentiasa dicari oleh pelancong-pelancong yang melawat Malaysia.

Sebagai syarikat pewter yang terbesar di dunia, Royal Selangor telah menjadi ‘duta’ bagi produk-produk buatan Malaysia, dengan mengeksport ke lebih daripada 20 buah negara di seluruh dunia semenjak tahun 1970-an. Jenama kelahiran Malaysia yang berumur 129 tahun ini juga mendapat pengiktirafan bagi reka bentuknya yang inovatif dan telah mendapat pelbagai anugerah dalam reka bentuk seperti German Red Dot dan Japan G-mark.

Semenjak penubuhan Pusat Pelawat Royal Selangor pada bulan Mac 2004, ia telah memenangi Anugerah Tarikan Pelancong Terbaik Pelancongan Malaysia tahun 2004 dalam kategori tarikan pelancong dengan identiti atau warisan negara, dan juga Anugerah Kecemerlangan Persatuan Pelancongan ASEAN tahun 2005 sebagai Tarikan Pelancong Baharu ASEAN Terbaik. Pastinya, Pusat Pelawat Royal Selangor adalah destinasi yang mesti dilawati oleh pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia.

Selain melawat balai galeri dan melihat tukang Royal Selangor yang mahir bekerja, pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam bengkel-bengkel yang disediakan di Pusat Pelawat. Dengan bayaran yang nominal, pengunjung boleh menyertai bengkel ketukangan pewter School of Hard Knocks di mana peserta boleh mempelajari cara untuk menghasilkan mangkuk pewter mereka yang tersendiri dengan menggunakan alat-alat tradisional yang sama seperti yang digunakan oleh tukang pewter lebih daripada beratus-ratus tahun dahulu. Selain itu, pengunjung juga boleh menghasilkan aksesori peribadi pewter mereka di The Foundry di mana mereka akan mempelajari proses-proses seperti pembentukan, penggilapan dan penghiasan bagi mewujudkan loket pewter mereka yang tersendiri. Peserta-peserta mempunyai pilihan untuk membentuk loket dengan menggunakan acuan yang sedia ada atau dengan rekaan bebas tangan.

royal selangor Ulang Tahun Ke 10 Pusat Pelawat Royal Selangor

Antara Koleksi Pewter Yang Dihasilkan Oleh Royal Selangor

Sempena sambutan ulang tahun ke-10 Pusat Pelawat Royal Selangor yang seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, syarikat ini telah menaik taraf balai galerinya dengan menambah skrin-skrin baru di kawasan Origins (asal-usul) selain mempertingkatkan hiasan-hiasan di Muzium Pewter dan kawasan demonstrasi kilang. Arkib imej, pameran-pameran yang berinteraktif dan koleksi peralatan tradisional serta kepingan pewter antic boleh mendidik serta membawa pengunjung melalui pembangunan perlombongan timah dan pembentukan pewter di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1800an.

“Bagi menggalakkan lebih ramai penduduk tempatan terutamanya seisi keluarga untuk melawat dan menikmati pengalaman di Pusat Pelawat ini yang telah dinaik taraf, kami telah menyediakan beberapa pakej sambutan ulang tahun ke-10 untuk ahli sekeluarga yang menggabungkan bengkel-bengkel ketukangan pewter dan hidangan makanan di The Café,” kata Tan Sri Yong Poh Kon, Pengarah Urusan Royal Selangor International. “Pengunjung-pengunjung yang mengambil bahagian dalam The Foundry juga boleh menghasilkan dan membawa pulang loket pewter mereka yang terdiri daripada monyet Proboscis, mascot bagi Tahun Melawat Malaysia 2014,” kata beliau.

Populariti Pusat Pelawat ini telah berkembang semenjak 10 tahun yang lalu, mencapai purata bulanan pengunjung sebanyak 30,000 orang pada tahun 2013. Antara selebriti-selebriti yang telah berkunjung di sini termasuk Martha Stewart, Mel Gibson dan Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde. Pusat Pelawat ini kini menduduki tempat ke 7 daripada jumlah keseluruhan 108 bagi tempat-tempat yang mesti dilawati pada “Things to do in Kuala Lumpur” (Perkara Yang Perlu DiLakukan di Kuala Lumpur.) di Tripadvisor.

Pusat Pelawat Royal Selangor dibuka setiap hari, termasuk pada cuti umum, daripada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Bayaran masuk adalah percuma dan panduan lawatan disediakan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.visitorcentre.royalselangor.com atau hubungi Pusat Pelawat Royal Selangor di talian +603-4145 6122.

If you enjoyed this post, you should read this: Aisberg Besar Di Antartika Pecah Dan Hanyut Ke Lautan Terbuka

Ulang Tahun Ke-10 Pusat Pelawat Royal Selangor
Dr Fuh

Nota: