“Ubat Jahanam Tu Hancurkan Hidup Saya”

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

“Ubat Jahanam Tu Hancurkan Hidup Saya”

“Ubat Jahanam Tu Hancurkan Hidup Saya” | Itulah kata-kata mangsa ubat perangsang seks tiruan hanya mahu dikenali sebagai Mokhsin, 52, yang kini terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu akibat kesan ubat berkenaan.

Menurut ahli perniagaan yang menggunakan ‘ubat kuat’ dibeli melalui laman web di Internet itu, dia membeli ubat berkenaan selepas berkahwin dengan isterinya berusia 26 tahun berikutan kematian isteri pertama dua tahun lalu.

ubat kuat 2 Ubat Jahanam Tu Hancurkan Hidup Saya

“Pada mulanya, saya hanya mengamalkan ubatan tradisional seperti jamu dan juga telur ayam kampung dengan madu apabila isteri baru mendakwa saya kurang bertenaga di ranjang.

“Namun, selepas beberapa bulan mencuba, tenaga saya masih tidak bertambah hingga membuatkan saya mendapatkan nasihat doktor dan rakan,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas menjalani rawatan di sini, semalam.

Mokhsin berkata, dia mempunyai empat anak hasil perkahwinan pertama dengan arwah isterinya dan berhasrat mendapatkan anak dengan isteri barunya itu.

-Jadi berdasarkan kisah yang sadis ini, admin dapat buat kesimpulan bahawa sebelum membuat sebarang keputusan nak beli sesuatu barangan terutama berkaitan dengan kesihatan, kita mesti siasat terlebih dahulu latar belakang barangan tersebut. Jika tidak buruk padahnya!-

sumber

If you enjoyed this post, you should read this: Default Locker

“Ubat Jahanam Tu Hancurkan Hidup Saya”
Dr Fuh

Nota: