U Mobile Memperkenalkan U Care Plus 8 – Insuran Untuk Peranti Mudah-Alih Anda

U Mobile U CareU Mobile, salah satu syarikat telekomunikasi di Malaysia hari ini telah memperkenalkan sebuah program baru dinamakan sebagai U Care Plus 8, yang mana merupakan program untuk memudahkan pengguna mendaftarkan insuran untuk peranti mudah-alih mereka.

U Care Plus 8 dilihat menawarkan perlindungan untuk kerosakkan yang tidak disengajakan dan juga kerosakkan disebabkan air – yang mana bernilai sehingga RM1000. Pihak U Mobile mengatakan, sekiranya nilai membaiki adalah lebih daripada RM1000, maka pengguna diperlukan untuk menambah perbezaannya. Dan sekiranya peranti anda tidak boleh dibaiki, mereka akan mengeluarkan sebuah baucar khas (sehingga RM1000) yang boleh digunakan untuk membeli peranti di kedai U Mobile.

Buat masa ini, pelan U Care Plus 8 ini dilihat hanya ditawarkan untuk pelanggan pascabayar U Mobile sahaja, dan perlindungan dilihat ditawarkan oleh Berjaya Sompo Insurance. Pengguna boleh melanggannya pada harga RM8 sebulan ataupun membuat pembayaran penuh untuk 12 bulan pada harga RM88.

U Mobile U Care

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan perlindungan peranti mudah-alih yang ditawarkan U Mobile melalui U Care Plus 8 ini?

Nota: