U Mobile Melancarkan Quickpay, Membawakan Pembayaran Mudah-alih Seperti Square.

Trend pembayaran mudah alih merupakan satu keperluan pada masa kini. Pembayaran melalui kad merupakan satu kemudahan buat ramai pengguna dan tahap kepercayaan pengguna tempatan makin meningkat. Menyedari hakikat ini, U Mobile melancarkan Quickpay, memberikan sistem pembayaran mudah alih kepada pelanggan mereka serendah RM250.

quickpay-1

Melalui U Mobile Quickpay, pelanggan U Mobile perlu memuat turun aplikasi U Mobile Quickpay App dan menggunakan peranti pembaca kad kredit/debit yang akan diberikan bersama. Menggunakannya, pekedai hanya perlu mencucuk peranti ini pada jek audio telefon pintar atau tablet, dan melancarkan aplikasi U Mobile Quickpay. Amaun dan maklumat berkenaan bayaran termasuklah tandatangan akan dimasukkan dan kad kredit/debit pembeli boleh diluncurkan atau dibaca melalui pembaca kad tersebut. Resit pembelian akan dihantar melalui emel atau MMS kepada pembeli.

Pekedai juga akan memperoleh rekod penjualan melalui laman web yang disediakan khas. Buat anda yang berminat untuk menggunakan U Mobile Quickpay untuk perniagaan anda, boleh lawati laman web khas mereka.

Nota: