Typo Ingin Membawakan Papan Kekunci Fizikal Untuk iPhone

Typo mengubah iPhone anda kepada BlackBerryPada hari ini, boleh dikatakan papan kekunci maya pada skrin menjadi medium utama untuk menaip pada telefon pintar. Namun, sesetengah pengguna masih meminati papan kekunci fizikal, seperti yang terdapat pada BlackBerry.

Untuk memudahkan pengguna telefon pintar seperti iPhone menggunakan fungsi papan kekunci fizikal, salah satu aksesori yang bakal dilancarkan tidak lama lagi adalah Typo.

Daripada apa yang diperlihatkan, ia hadir dalam bentuk sebuah kerangka luar tambahan, membolehkan pengguna menghubungkannya dan menggunakan papan kekunci fizikal untuk tujuan menaip.

Typo dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada CES 2014 dan akan memfokuskan iPhone 5 dan iPhone 5S ketika pengenalan. Sokongan untuk telefon pintar lain dijangka akan menyusul selepas itu.

Bagi anda, adakah papan kekunci fizikal akan dipilih anda, ataupun anda telah sedia mesra dengan papan kekunci maya atas-skrin yang digunakan pada iPhone dan telefon pintar lain hari ini?

Nota: