Twitter Punca Curang Dan Perpisahan?

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Twitter Punca Curang Dan Perpisahan? | Media sosial seperti Twitter memang tidak asing lagi bagi kita semua yang sering digunakan untuk berhubung, tidak kurang juga sebagai medan untuk bertempur! Zyra bukan pengguna yang aktif sangat dalam Twitter, guna Twitter setakat nak meluahkan rasa aje :p

Akan tetapi, kajian terbaru telah menunjukkan terdapat kaitan di antara pengguna laman sosial Twitter dan sejumlah ikatan hubungan percintaan yang tergugat akibat pergaduhan yang melibatkan media sosial.

Satu tinjauan yang terdiri lebih daripada 500 pengguna Twitter telah di lakukan dan hasil menunjukkan bahawa semakin banyak seseorang itu menghabiskan masa di laman media sosial, semakin banyak masalah yang akan berlaku dalam perhubungan mereka.

“Walaupun terdapat beberapa sebab yang dapat menyumbang kepada curang dan perpisahan, laman media sosial, seperti penggunaan Twitter dan Facebook, dapat memberi kesan buruk kepada perhubungan,” kata penulis laporan tersebut, Russel Clayton.

Clayton yang meruapakan seorang pelajar di Universiti Missouri dalam jurusan Jurnal, baru-baru ini telah mengkaji kesan Facebook terhadap perhubungan dan sekarang kajiannya terhadap Twitter membuktikan bahawa terdapat kesan cemburu yang sama pada kedua-dua rangkaian sosial tersebut.

“Facebook menggalakkan cemburu, pemerhatian terhadap pasangan, post mengenai maklumat sulit, penggunaan internet yang berterusan dan gambaran hunbungan intim di alam maya yang dapat menggangu gugat hubungan yang romantik,”  tulis beliau dalam kajian tersebut.

twitter 2 Twitter Punca Curang Dan Perpisahan?

Disebabkan Twitter sekarang turut membolehkan pengguna berinteraksi seperti Facebook (seperti menulis post dan memuatnaik gambar, video, serta check-in lokasi), pengkaji telah merumuskan teori bahawa kesan penggunaan Twitter terhadap hubungan peribadi adalah seakan sama dengan Facebook.

Di Facebook, beliau mendapati bahawa jika pasangan kekal ‘berkawan’ di media sosial, ia akan melambatkan proses penyembuhan hati apabila putus hubungan kerana mereka akan pergi melihat semula segala aktiviti dan gambar-gambar bekas pasangan masing-masing

Dalam satu kajian terbaru yang diberi nama ‘The Third Wheel‘, Clayton menjelaskan lagi bahawa, hasil daripada menemuramah 581 orang pengguna Twitter, laporan berhubung konflik yang melibatkan Twitter dalam perhubungan ‘membayangkan’ kesan negatif termasuk curang dan putus hubungan.

“Saya mendapati ianya agak menarik apabila mendapati pengguna yang aktif mengalami konflik yang melibatkan Twitter dan memberi kesan negatif kepada hubungan mereka tanpa mengambil kira usia hubungan tersebut,” tambah Clayton. “Pasangan yang dilaporkan baru menjalinkan hubungan romatik mengalami konflik yang sama dengan mereka yang telah lama menjalinkan hubungan,” katanya.

Satu langkah penyelesaian yang dicadangkan adalah dengan mengehadkan masa individu itu di Twitter jika mereka mula rasai perselisihan faham yang melibatkan Twitter.

Pilihan yang lain adalah dengan mengelakkan sebarang rahsia dengan mempunyai akaun bersama yang membolehkan kedua belah pihak dapat mengguna dan mengakses dengan mudah.

Bagi Zyra, rangkaian sosial ini semua bukan saja boleh rosakkan hubungan percintaan semata-mata, malah hubungan kekeluargaan juga. Mana taknya, sesekali berkumpul bersama-sama keluarga, tetap juga nak belek Twitter, Facebook, Instagram dan yang sama waktu dengannya. Haih, apa pun tak boleh icon sad Twitter Punca Curang Dan Perpisahan?

If you enjoyed this post, you should read this: Contact form 1

Twitter Punca Curang Dan Perpisahan?
zyra roxx

Nota: