Twitter Menguji Fungsi Memperlihatkan Maksud Disebalik Hashtag Pada Aplikasi Mudah-Alih

Pada hari ini, terdapat pelbagai hashtag yang digunakan pada perkhidmatan Twitter, yang mana sering memfokuskan kepada sesuatu acara, subjek, berita dan sebagainya. Kadang-kala ia turut menyukarkan untuk beberapa pengguna dalam memahami maksud disebalik sesuatu hashtag.

Twitter Hashtag

Melalui beberapa paparan skrin yang dikongsikan oleh pihak WSJ hari ini, ia dilihat pihak Twitter sedang menguji fungsi untuk memperlihatkan maksud disebalik sesuatu hashtag apabila pengguna klik pada carian hashtag berkenaan.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih lagi pada peringkat eksperimental, dan hanya segelintir kecil pengguna sahaja boleh melihatnya. Ia juga masih tidak diketahui bagaimanakah pihak Twitter menjana penerangan dan label untuk sesuatu hashtag tersebut.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya sekiranya pihak Twitter bercadang untuk melancarkan sokongan tersebut kepada umum secara rasminya.

The post Twitter Menguji Fungsi Memperlihatkan Maksud Disebalik Hashtag Pada Aplikasi Mudah-Alih appeared first on Amanz.

Nota: